fbpx

Lelaki kelar leher, minum darah kekasih gelap isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijay mengelar leher Maresh lalu meminum darahnya sambil perbuatan itu dirakam menggunakan telefon bimbit. – Wion News

NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Karnataka, India, mengelar leher seorang individu sebelum minum darahnya kerana percaya mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menerusi rakaman telefon bimbit yang kini tular, suspek yang dikenali sebagai  Vijay melakukan perbuatan tersebut sambil dirakam oleh konconya,  John.

Menurut laporan, Vijay sebelum itu mengesyaki mangsa, Maresh, mempunyai hubungan sulit dengan isterinya sebelum mengumpan lelaki tersebut ke sebuah kawasan hutan pada 19 Jun lalu.

Dia kemudian mengelar leher mangsa dan meminum darahnya sambil dirakam oleh John.

Mangsa yang masih hidup kemudian dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan daripada doktor-doktor pakar.

Susulan aduan polis, Vijay diberkas pada 24 Jun lalu dan  John ditahan keesokan harinya.

Mangsa pula dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital namun, pakar-pakar  percaya bahawa trauma yang dialaminya mungkin berlarutan untuk tempoh lama. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI