fbpx

[VIDEO] Pejabat JSJ IPK Perak terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara anggota bomba yang berusaha memadamkan kebakaran di pejabat JSJ IPK Perak di Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Jalan Sultan Iskandar di sini dilaporkan terbakar sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku di tingkat dua pejabat JSJ dengan anggaran kebakaran sekitar 40 peratus.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian diterima pada pukul 3.14 petang.

“Buat masa sekarang, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan. Maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI