fbpx

Gudang seleweng baja subsidi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baja subsidi yang dirampas di sebuah gudang kerana disyaki cuba diseleweng di Jalan Padang Hang, Alor Setar pada semalam.

ALOR SETAR – Lapan individu termasuk dua warga asing ditahan berkaitan kes penyelewengan 261,060 kilogram (kg) baja subsidi bernilai RM104,424 di sebuah gudang di Jalan Padang Hang, di sini semalam.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, kesemua mereka berusia antara 18 hingga 57 tahun dicekup di gudang tersebut kira-kira pukul 11 pagi.

“KPDN Kedah menerima serahan kes itu daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi yang membuat serbuan di lokasi berkenaan. Hasil soal siasat mendapati premis itu tidak memiliki sebarang kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan berkaitan pemilikan barang kawalan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, masing-masing sebuah lori, mesin jahit dan alat timbang serta empat jentera pengangkut dan satu ikatan plastik baja yang disyaki digunakan untuk tujuan penyelewengan dirampas.

“Nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM269,174,” ujarnya.

Tambahnya, kes dijalankan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan kedua, individu boleh didenda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak lebih RM2 juta untuk kesalahan pertama dan RM5 juta untuk kesalahan kedua,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI