fbpx

Saya maksudkan cium dahi – Ain Edruce

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN EDRUCE

PETALING JAYA – Pengacara Ain Edruce menjelaskan jeritan kiss (cium) pada perkahwinan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann baru-baru ini bermaksud ciuman pada bahagian dahi bukannya bibir seperti didakwa ramai.

Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce, 32, berkata, ciuman dahi tersebut dimintanya kerana tidak hadir ke majlis akad nikah Janna di masjid pada hari sama.

“Selepas akad nikah ada acara batal air sembahyang dan ramai yang tidak menyaksikan momen tersebut.

“Jadi, bila saya jerit kiss (cium), sebenarnya minta Dini cium bahagian dahi Janna.

“Bila dengar perkataan kiss, orang sudah fikir benda lain,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, dia mengakui perasaannya turut tergores membaca komen netizen yang hakikatnya tidak berada di lokasi tersebut pada hati tersebut.

“Geram juga bila orang bercakap mengenai hal ini. Mungkin suara saya kedengaran kuat tetapi tetamu lain juga minta begitu. Tutup mata sahajalah apa yang netizen cakap.

“Tidak akanlah pengantin pula nak jerit cium dahi. Janna adalah kawan saya, dan sebab itu saya okey untuk menjerit sebegitu.

Antara komen yang teruk ialah ‘tolong hormat agama saya’. Habistu? saya ini agama apa pula?,” ujar pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut itu.

Tambahnya lagi, dia juga kasihan dengan suaminya yang turut terkena tempias daripada kejadian tersebut.

Dia bagaimanapun tetap memohon maaf sekiranya ramai yang kurang senang dengan perlakuannya pada hari tersebut.

“Orang nampak saya ranggi di luar tetapi hakikatnya jiwa saya lemah bila baca kecaman ramai.

“Ada yang membabitkan suami saya. Kasihan dia sebab terpalit, salah saya tetapi Amirul pula kena.

“Maaf jika ada yang kurang senang dengan perangai sya. Jika rasa saya terlalu havoc, janganlah jemput saya ke majlis perkahwinan anda,” jelasnya.

Terdahulu, nama pengacara Melodi itu menjadi bualan ramai apabila jeritan kiss pada majlis respsi Janna dan Dini yang berlangsung di Pulau Langkawi pada 10 Jun lalu mengundang rasa kurang senang ramai.

Disebabkan jeritan tersebut, Ain dikatakan tidak menghormati majlis dan mengamalkan budaya barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI