fbpx

Aliran trafik di lebuh raya utama mulai perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan dari Gombak ke Genting Sempah pada jam 1.20 petang tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa buah lebuh raya utama mulai perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan sempena Aidiladha.

Menerusi hantaran Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik mulai perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, bermula dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah.

“Bagi perjalanan ke arah utara melalui Lebuh Raya PLUS, trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandaraya disebabkan peningkatan trafik.

“Di Pulau Pinang pula, trafik bergerak perlahan di Kawasan Perusahaan Perai ke Seberang Jaya dan Juru Auto City ke Kawasan Perusahaan Perai.

“Setakat pukul 1.20 petang tadi, trafik juga mula perlahan dari ke arah selatan dari Juru ke Plaza Tol Juru,” katanya dalam hantaran hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI