fbpx

Waspada Pink WhatsApp, jangan terpedaya klik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi ‘Pink WhatsApp’ yang membawa risiko keselamatan serius.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat turun aplikasi ‘Pink WhatsApp’.

MCMC dalam kenyataan berkata, aplikasi tersebut mampu menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

Katanya, aplikasi itu diiklankan secara palsu untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik.

“Halaman muka boleh ditempah mengikut keinginan dan mempunyai keupayaan untuk menghantar fail yang lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang popular.

“Bagaimanapun, selepas dimuat naik, aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai pengisian di dalam telefon pintar pengguna seperti foto, mesej SMS dan senarai kenalan, yang menimbulkan risiko keselamatan serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pengguna mungkin menerima mesej dan pautan berkaitan aplikasi itu daripada WhatsApp yang menjemput mereka untuk mencuba aplikasi baharu itu.

Mengulas lanjut, MCMC turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi itu dan segera memadamnya jika sudah ada pada peranti mudah alih mereka.

“Semua pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan “Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800-188-030.

MCMC juga mengesyorkan agar orang ramai hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Galeri Apl Huawei. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI