fbpx

Pembantu rumah warga Indonesia didakwa dera anak majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komala Sari didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan anak majikannya menggunakan seterika, dua minggu lalu.

Tertuduh, Komala Sari, 26, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan penganiayaan hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan di sebuah rumah di Festival Walk@Ipoh dalam daerah Kinta pada pukul 12 tengah hari, 17 Jun 2023.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K. Darinee dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Ogos depan untuk tarikh sebutan semula kes dan laporan perubatan penuh mangsa.

Tangkapan terhadap tertuduh pada 21 Jun lalu dijalankan susulan laporan polis dibuat bapa mangsa pada hari kejadian setelah mengesyaki anaknya didera berikutan terdapat kesan melecur dari bahagian punggung sehingga betis kaki kiri.

Suspek memberitahu, kejadian berlaku ketika dia baru selesai menggosok baju dan anak majikannya dikatakan bermain seterika yang diletakkan di atas lantai di dalam bilik.

Difahamkan, suspek baru tiga bulan bekerja bersama majikannya dan sepanjang tempoh itu, tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini sama ada membabitkan mangsa atau dua beradik lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI