fbpx

Kedah noktahkan impian besar Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAH mara ke saingan suku akhir selepas mengatasi Pahang 3-2 kelmarin di Alor Setar kelmarin. – Arena HijauKuning

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

KERJA keras dan kesungguhan yang dipamerkan oleh para pemain Kedah ketika berjaya membenam cabaran Pahang 3-2 pada aksi pembukaan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman kelmarin mendapat pujian jurulatih mereka, Aidil Sharin Sahak.

Bagaimanapun, pada masa sama jurulatih berusia 43 tahun itu mahu anak-anak buahnya belajar menyerap tekanan ter­utamanya apabila diasak oleh pasukan lawan yang mahu menya­makan kedudukan setelah ke­tinggalan 0-3 dalam babak pertama perlawanan.

Menurutnya, aksi Kedah dilihat kelam-kabut apabila ditekan Tok Gajah hingga membolehkan pasukan lawan menjaringkan dua gol pada separuh masa ke­dua.

“Adalah sesuatu yang normal dalam bola sepak di mana lawan yang ketinggalan akan menekan pasukan yang mendahului habis-habisan.

“Jadi, anak-anak buah saya perlu belajar untuk berdepan situasi ini apatah lagi ketika menentang pasukan kuat seperti Pahang.

“Namun secara keseluruhan saya berpuas hati dengan aksi ditampilkan pemain yang membolehkan kita mencapai kemenangan malam ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas berakhir perlawanan.

Dalam perlawanan itu, gol Kedah disumbangkan Muhammad Shakir Hamzah, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre pada minit ke-17, 35 dan 43, manakala Pahang membalas dengan dua gol hasil jaringan Muslim Ahmad serta Mohd Faizal Abdul Rani pada mini ke 49 dan 88.

Mengulas lanjut Aidil berkata, kejayaan menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama memberi kelebihan kepada Kedah untuk menundukkan Pahang.

“Kami mencipta banyak peluang dalam perlawanan ini ter­utamanya dalam separuh ma­sa pertama. Walaupun tidak se­muanya menghasilkan gol, na­mun ini petanda baik yang me­nunjukkan pemain berusaha keras memenangi perlawanan.

“Sejujurnya, kita tidak me­nyangka mendapatkan tiga gol dalam separuh masa pertama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI