PETALING JAYA – Makan secara sihat, tidur yang cukup dan elak pengambilan rokok dan alkohol, antara langkah untuk memastikan tahap kesihatan mental berada pada tahap optimum.
Menerusi perkongsian di Twitter milik Kementerian Kesihatan (KKM), kesihatan mental yang baik dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang.
“Setiap individu disarankan untuk mengamalkan tip yang dikongsikan untuk memastikan kesihatan mental pada tahap optimum,” katanya.
Antara langkah yang boleh diamalkan adalah dengan melakukan aktiviti riadah, fizikal atau senaman.
Selain itu, sentiasa dapatkan bantuan profesional sekiranya perlu dan berkongsi perasaan dengan orang yang lebih dipercayai.
Menurutnya, langkah ini perlu memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan yang baik.
Bagi yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555.
Talian ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dari 8 pagi sehingga 12 tengah malam. – KOSMO! ONLINE