fbpx

Wanita antara empat pemandu mabuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu ditahan memandu dibawah pengaruh alkohol dalam Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di lokasi 'hotspot' sekitar Petaling Jaya, Jumaat dan Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Seorang wanita antara empat individu didapati memandu dalam keadaan mabuk menerusi Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di lokasi ‘hotspot’ sekitar daerah ini pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 47 tahun.

“Pemeriksaan mendapati mereka yang ditahan memandu dengan tahap alkohol melebihi paras yang dibenarkan.

“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, seorang pegawai dan 12 anggota terlibat dalam operasi tersebut.

Sepanjang operasi, Sebanyak 134 buah kenderaan dan 151 individu telah diperiksa.

“Sebanyak 22 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI