fbpx

Rasa manis, lemak Damak king jadi rebutan ‘hantu’ durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD MUSTAPHA (kanan) dan Mohd Padli menunjukkan durian damak king di Damak, Jerantut.

JERANTUT – Keadaan buah durian musang king yang kurang berkualiti kali ini apabila me­ngalami kerosakan membuatkan peminat raja buah beralih kepada durian damak king yang terus menjadi rebutan.

Isi buah berkenaan yang tidak berapa terjejas ekoran cuaca dan penjagaannya yang tidak cerewet membuatkan ia juga menjadi pilihan tanaman pekebun durian pada masa ini.

Penjual dan pemborong durian damak, Ahmad Mustapha, 45, berkata, permintaan damak king khususnya pada kali ini mening­kat mendadak membuatkan bekalan tidak mencukupi.

“Permintaan kali ini memang agak luar biasa yang mana setakat ini tempahan saya terima untuk tiga hari telah penuh dan saya tidak lagi dapat menerima tempahan.

“Keenakan rasa damak king memang sudah terkenal oleh penggemar durian dan ramai yang ingin mendapatkan raja buah itu dari seluruh negara,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan musang king di negeri ini tidak dapat dieksport ke luar negara selepas buah berkenaan ‘sakit’ apabila mengalami dry yang menyaksikan isinya menjadi sedikit keras dan berwarna hitam.

Menurut Ahmad, isi damak king yang unik dengan rasa manis, lemak dan sedikit berwarna kuning membuatkan ia sememangnya menjadi tarikan sejak dahulu lagi.

Katanya, buahnya yang bulat dan tahan sehingga tiga hari selepas gugur memberikan ke­lebihan kepada buah yang dijual dengan harga antara RM35 hingga RM55 sekilogram itu.

“Pada masa ini hanya ada 16 pokok damak king yang berbuah di kawasan damak menyebabkan hasilnya tidak banyak sedangkan permintaan tinggi.

“Bukan sahaja orang tempatan malah orang luar seperti dari Johor dan Terengganu juga cari damak,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI