fbpx

‘Bayar yuran pengajian di OUM dengan gaji rider’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD AFIQ FITRI bekerja sebagai penghantar makanan sambil melanjutkan pengajian secara dalam talian.

LIPIS – Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan tidak mahu membebankan keluarga, selain tiada jaminan kerja yang baik selepas keluar universiti membuatkan trend bekerja sambil belajar semakin menjadi pilihan.

Dengan menggunakan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan kerja dilihat lebih mudah berbanding menggunakan kelulusan ijazah selepas keluar dari universiti.

Seorang remaja Nurhuda ­Alias,19, berkata, kerana tidak mahu membebankan keluarga, dia mengambil keputusan bekerja selepas tamat
SPM meskipun bercita-cita menggapai ijazah.

“Saya lihat apa yang penting adalah kena ada tapak dahulu, kena ada pengalaman kerja barulah mudah untuk mendapat pekerjaan diidamkan.

“Saya lihat ramai lepasan universiti yang masih tidak mendapat pekerjaan, malah ada yang tidak mendapat kerja yang sesuai dan setimpal dengan kelulusan,” katanya yang kini bekerja sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

ADA lepasan SPM ambil keputusan menjadi guru KAFA sebelum menyambung pengajian di peringkat tinggi. – GAMBAR HIASAN

Menurutnya dia berhasrat menyambung pengajian secara separuh masa di Open Universiti Malaysia (OUM) dalam masa terdekat bagi mendapatkan ijazah.

Sementara itu, seorang pelajar OUM Lipis, Muhammad Afiq Fitri Rosli,23, berkata, dia yang mempunyai SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mengambil keputusan menyambung pengajian secara dalam talian di OUM Lipis meskipun boleh melanjutkan pengajian di Mesir.

“Alhamdulillah, saya dapat menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam bermula Mei tahun lalu dan pada masa sama bekerja dengan penghantar makanan Food Panda.

“Saya dapat bayar yuran menggunakan duit gaji. Saya rasa dengan cara ini bukan sahaja dapat belajar, tetapi dapat pengalaman dan pendapatan. Sekarang kalau ada sijil, tetapi tiada pengalaman susah juga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI