fbpx

Lega, akhirnya Jalan Gua Musang-Kuala Lipis kembali dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna jalan raya melalui laluan baharu dari Taman Wangi menuju ke Simpang Hospital Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Selepas lebih dua bulan berdepan kesesakan lalu lintas, kira-kira 5,000 penduduk di lebih 10 penempatan di bandar ini kini boleh menarik nafas lega apabila Jalan Gua Musang-Kuala Lipis kembali dibuka kepada semua kenderaan bermula petang kelmarin.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah menurap jalan dan membuka laluan baharu bermula dari Taman Wangi hingga ke Simpang Hospital Gua Musang di sini.

Seorang penduduk Taman Wangi, Siti Maisarah Ahmad, 36, berkata, pembukaan semula ­laluan itu memberi kelegaan kepada penduduk sekitar.

Katanya, sebelum ini dia terpaksa menggunakan laluan alternatif yang agak jauh sejak 3 April lalu bagi memberi laluan kepada pemasangan cerucuk Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU).

“Hari ini (semalam), saya boleh keluar lambat iaitu kira-kira pukul 7.15 pagi untuk menghantar anak ke sekolah. Laluan lancar dan anak dapat tiba awal ke sekolah.

“Sebelum ini, rutin saya berubah apabila perlu bersiap awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah. Kami keluar rumah lebih awal, namun tetap tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan anak-anak tiba lambat di sekolah,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Lutfi Razali, 39, berkata, dia terkejut apabila melihat laluan jalan itu sudah boleh dilalui sejak petang kelmarin.

Katanya, sebelum ini mereka terpaksa melalui jalan alternatif di bulatan Gua Musang sehingga ke Simpang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk ke pusat bandar.

“Saya menjangkakan, laluan jalan menuju ke Bandar Gua Musang akan lebih lancar menjelang Hari Raya Aidiladha apabila kenderaan perantau dapat melalui jalan baharu itu,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup sejak 3 April lalu bagi kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk projek LTU Pakej 3B dan 3C kembali dibuka se­mula untuk kegunaan orang ramai petang kelmarin.

Menurutnya, pembukaan laluan tersebut akan memberi kemudahan kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI