fbpx

Isteri tua tikam suami jaga isteri muda sedang sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JAKARTA – Seorang wanita di Kayu Agung, wilayah Sumatera Selatan menikam suaminya di sebuah hospital kerana berang melihat mangsa menjaga isteri keduanya yang sakit, lapor laman berita Sumeks semalam.

Dalam kejadian di Hospital Kayuagung kelmarin, mangsa dikatakan memberitahu pelaku bahawa dia ingin keluar mengambil kad laporan anak mereka.

Namun, suspek yang hanya dikenali sebagai S dilaporkan sudah mengetahui bahawa madunya sedang dirawat di hospital kerana mengalami tekanan darah rendah dan dijaga oleh suami mereka.

“Pelaku dan anaknya pergi ke hospital dan ketika melihat mangsa bersama madunya, dia berasa marah, lalu mereka bertengkar seketika.

“Disebabkan terlalu marah, pelaku mengeluarkan pisau yang dibawanya dari rumah lalu cuba menikam madunya,” kata Ketua Polis Kayuagung, Iptu Sudiarto.

Tambah Iptu, mangsa cuba menghalang tikaman itu lalu mengenai tangannya dan mencederakannya.

Suspek kemudian ditahan manakala mangsa diberikan rawatan. Namun, tiada sebarang laporan polis dibuat ke atas pelaku setakat semalam.

“Jika masih tiada laporan polis dibuat, maka pelaku akan dibebaskan. Kami menggalakkan mereka untuk menyelesaikan sendiri perkara ini kerana mereka adalah sebuah keluarga,” jelas Iptu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI