fbpx

Penyanyi wanita dakwa dicium di Dataran Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang lelaki yang kononnya mahu berswafoto dipercayai bertindak mencabul kehormatan seorang penyanyi wanita yang dijemput membuat persembahan untuk program hiburan di satu festival di Dataran Nilai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, artis tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 12.01 tengah malam didakwa telah dicabul oleh seorang lelaki.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa seorang penyanyi berusia 26 tahun berada di Bilik VVIP di belakang pentas Dataran Nilai setelah selesai membuat persembahan nyanyian.

“Mangsa mendakwa telah didatangi oleh seorang lelaki yang meminta kebenaran untuk berswafoto dengannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abdul Malik, penyanyi itu telah memberi kebenaran dan setelah selesai berswafoto, lelaki tersebut telah menarik serta menggengam tangan dan seterusnya mencium tangan mangsa.

“Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, mangsa terus menjerit dan suspek telah melarikan diri dari tempat kejadian

“Bagaimanapun, lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh pihak penganjur dan telah diserahkan kepada anggota polis yang bertugas di festival berkenaan,” katanya.

Tambah Abdul Malik, berdasarkan siasatan suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan dan tidak mempunyai rekod jenayah.

“Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban selama tiga hari bermula hari ini sehingga 28 Jun ini.

“Kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI