fbpx

Man. City nekad buru khidmat Gvardiol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GVARDIOL dianggap sebagai pemain pertahanan yang mampu mengukuhkan lagi benteng City pada saingan musim depan. – AFP

MANCHESTER – Juara Eropah, Manchester City dilaporkan telah mengemukakan tawaran bernilai £77.4 juta (RM462.20 juta) untuk mendapatkan tonggak pertahanan tengah RB Leipzig, Josko Gvardiol.

Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengenal pasti Gvardiol sebagai salah satu sasaran utama dan mahu menyelesaikan segera urusan perpindahan dengan bek tengah berusia 21 tahun tersebut.

Difahamkan, bidaan pertama The Citizens ditolak Leipzig awal bulan ini menyebabkan mereka terpaksa menawarkan £77.4 juta (RM462.20 juta) tidak termasuk bonus membabitkan prestasi pemain itu.

Skuad bimbingan Pep Guardiola hanya perlu meyakinkan Leipzig memandangkan mereka dikatakan telah mencapai kata sepakat dengan Gvardiol berhubung terma-terma dalam kontraknya.

Disebabkan itu, Leipzig turut dikatakan sedang aktif dalam pasaran perpindahan dan bersedia menjadikan pemain tengah berusia 20 tahun dari Lyon, Castello Lukeba sebagai sasaran sekiranya Gvardiol berhijrah ke Etihad selepas ini.

Selain City, bintang Croatia itu turut mendapat perhatian daripada Chelsea yang pernah menawarkan £77.4 juta (RM462.20 juta) kepada Leipzig musim lalu, namun perpindahan tersebut gagal menjadi kenyataan.

Walaupun Gvardiol sebelum ini pernah mendedahkan keinginannya untuk menyertai Chelsea, tetapi kegagalan ber­aksi di pentas Liga Juara-Juara musim depan mungkin menjadi faktor utama dia bakal menolak The Blues buat kali kedua.

Justeru, perpindahan ke Etihad dilihat lebih realistik dan mampu mengembangkan karier Gvardiol memandangkan Guardiola dikatakan mahu menjual Aymeric Laporte dalam jendela perpindahan ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI