fbpx

1,168 kes, tiga kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 masih melebihi 1,000 dengan 1,168 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 39,357 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes yang dilaporkan hari ini kesemuanya membabitkan penularan tempatan dan tiada kes import direkodkan.

“Selain itu, terdapat pertambahan tiga kematian berkaitan Covid-19 hari ini menjadikan sebanyak 282 kes kematian terkini.

“Kes kematian itu membabitkan dua wanita dan seorang lelaki berusia 51, 55 dan 62 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dengan ketiga-tiga mangsa mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 1,029 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan sebanyak 27,409 kes pulih Covid-19 di seluruh negara atau 69.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Katanya, terdapat 87 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 32 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI