fbpx

Jejambat Wakaf Bharu dibuka untuk laluan kenderaan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (dua dari kiri) semasa merasmikan pembukaan jejambat dari arah Kota Bharu merentangi bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL/KOSMO!

TUMPAT – Jejambat dari arah Kota Bharu merentangi bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor di sini yang bernilai RM97.6 juta dibuka kepada laluan semua jenis kenderaan bermula hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek itu dilaksanakan bagi menyuraikan trafik di sekitar bulatan Wakaf Bharu yang mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak terutamanya pada sebelah pagi, petang dan musim perayaan.

Katanya, jejambat itu juga merupakan projek rintis bagi pelaksanaan projek pembinaan secara Building Information Modelling (BIM).

“Kos projek tersebut pada awalnya bejumlah RM105.5 juta. Dengan menggunakan kaedah BIM, pembinaannya dapat dijimatkan sebanyak RM7.9 juta apabila kos keseluruhan menurun kepada RM97.6 juta.

“Ia dilaksanakan secara reka dan bina sekali gus meningkatkan tahap keupayaan jalan dari tahap F ke tahap C iaitu membawa maksud kelancaran trafik berjaya ditingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pembinaan Flyover Dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander memberitahu, projek tersebut melibatkan jejambat jalan berkembar empat lorong melintasi bulatan Wakaf Bharu (Kota Bharu -Pengkalan Kubor) sepanjang 470 meter.

Menurutnya, selain itu, dua jambatan sedia ada iaitu jambatan atas rel dan jambatan Alor Kedemit turut dilebarkan selain bulatan Wakaf Bharu sedia ada dinaik taraf kepada persimpangan lampu isyarat.

Projek jejambat dari arah Kota Bharu merentangi bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor itu bermula pada 19 Februari 2018 dan siap pada 15 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI