fbpx

KPM tumpu selesaikan sekolah sesak murid di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian tapak projek SJK (C) Regent Elmina. FOTO: MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memfokuskan penyelesaian isu kepadatan pelajar sekolah di Selangor.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyedari bahawa Selangor adalah negeri yang paling padat selain mempunyai paling banyak sekolah, murid dan guru.

“Jadi, memang kita punya tumpuan untuk Selangor ini lebih sikit bagi memastikan sekolah cukup di negeri ini.

“Kepadatan dapat disuraikan dengan pembinaan sekolah-sekolah yang dapat atasi isu kesesakan pelajar dalam sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan tapak projek Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Regent Elmina di sini, hari ini.

SJK (C) itu ditubuhkan pada 60 tahun lalu di Ladang Regent Gemencheh, Negeri Sembilan dan dikategorikan sekolah kurang murid sebelum diluluskan pembinaannya ke bandar Elmina.

Pembinaan dijangka siap pada Mac 2025 dengan pengambilan pelajar bermula tahun 2026.

Justeru, Fadhlina menjelaskan agar sebarang pembinaan sekolah harus difokuskan untuk pembangunan dan pendidikan anak-anak berbandingnya menjadikannya sebagai satu isu perbalahan antara mana-mana pihak.

Ketika ditanya mengenai pemindahan murid dari sekolah yang dikategorikan kurang murid, beliau berkata, KPM sememangnya membuat tindakan susulan pada sekolah-sekolah tersebut.

“Ini termasuk pergabungan sekolah dan penyuraian sekiranya perlu bergantung kepada keperluan sekolah.

“Jadi, tidak timbul isu kesulitan mengenainya dan boleh dipantau dari KPM sendiri,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI