fbpx

Dewan Negara: Amat sedih kalau tidak tahu fungsi, tanggungjawab Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan setiap Ahli Dewan Negara supaya mengetahui fungsi serta tanggungjawab Parlimen.

Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, amat menyedihkan sekiranya ilmu yang ada hubung kait dengan Parlimen tidak difahami Ahli Dewan Negara.

“Saya bukan `masuk bakul angkat sendiri’. Penggal pertama saya sudah belajar ini semua supaya mengetahui dan lebih cekap sebagai ahli dewan,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Junaidi berkata, terdapat dua naskah buku yang diterbitkan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini diedarkan kepada Ahli Dewan Negara hari ini.

Menurut beliau, dua buku tersebut adalah “Journal of the malaysian parliament volume 3 2023” dan “Mercu jilid 3 2023”.

“Kedua-dua bahan ilmiah itu bertujuan memperluaksan kefahaman berkaitan fungsi dan peranan Parlimen dan mengandungi isu-isu terkini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI