fbpx

Mahkamah: ‘Inspektor Shiela’ didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan 'Inspektor Shiela' sedang membuat kecoh.

SELAYANG – Seorang pegawai polis wanita yang pernah beberapa kali tular sebe,um ini dan dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’, akan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini esok.

Difahamkan, pendakwaan akan dibuat mengikut dua seksyen.

Sebelum ini, tular seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ dikatakan merendah-rendahkan pangkat anggota polis yang lain.

Melalui satu klip video yang tular ketika ini, kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah balai polis di Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor.

Sejurus kejadian tular itu, sebanyak lapan kertas siasatan dibuka dan tindakan ditahan tugas dikenakan ke atas pegawai polis itu berikutan beberapa siri kekecohan yang tular di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, berhubung isu tersebut.

Kata beliau, dua kertas siasatan tersebut dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM.

Selain itu, beliau berkata, enam lagi kertas siasatan turut dibuka melibatkan aspek tatatertib yang dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI