fbpx

Tukang masak dibunuh akibat cinta tiga segi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diburu polis bantu kes bunuh tukang masak.

PETALING JAYA – Gara-gara cinta tiga segi, seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara dalam satu kejadian di Jalan Tempinis 1, Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian pukul 9.40 malam, mangsa berusia 40-an yang juga tukang masak itu ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah sebelum saksi kejadian menghubungi pihak ambulans.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bertindak atas maklumat dan pemeriksaan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat pergaduhan membabitkan beberapa lelaki.

Katanya, susulan kejadian itu pihak polis menahan empat warga Myanmar termasuk teman wanita mangsa berusia 22 tahun hingga 36 tahun di sekitar ibu negara.

“Hasil siasatan mendapati mangsa ditikam suspek susulan cemburu menjalinkan hubungan cinta dengan wanita sama.

“Turut dirampas sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, pihak kini masih memburu suspek utama yang terlibat dalam kes itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI