fbpx

Wanita jadi buta pada usia 33 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul ATIQAH (duduk) dibantu jirannya selepas pulang dari rawatan dialisis di rumahnya di Kampung Melayu Layang-layang, Kluang.

KLUANG – Rutin kehidupan seorang wanita yatim piatu berubah 360 darjah apabila dia di­sahkan buta oleh pakar perubatan pada Jun lalu selepas me­ngalami masalah kegagalan buah pinggang pada pertengahan tahun 2022.

Lebih menyedihkan, Nurul Atiqah Abdullah, 33, yang kini hidup sendirian selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika usia kecil juga perlu menjalani rawatan dialisis selepas mengalami kegagalan buah pinggang.

Katanya, dia mengalami masalah diabetis sejak berusia 20 tahun.

“Sebelum ini, saya masih dapat melihat dan menguruskan kehidupan seadanya meskipun perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

“Tetapi, sejak awal Jun lalu, saya sudah tidak dapat melihat selain mengharapkan ihsan rakan-rakan dan keluarga untuk menguruskan hidup, mereka semangat saya ketika ini,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Katanya, sebagai anak sulung dia tidak mahu menyusahkan tiga adiknya kerana ada daripada mereka masih belajar serta baru mendirikan rumah tangga.

“Jadi, wang bantuan Baitulmal semuanya digunakan untuk menampung rawatan dialisis sebulan, manakala bantuan RM300 Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk keperluan lain.

“Bagaimanapun, jumlah itu masih tidak mencukupi kerana saya tidak mampu bekerja selain perlu menampung kos-kos lain terma­suk perjalanan ke pusat dialisis.

“Saya memerlukan sekitar RM300 sebulan untuk ke pusat dialisis dan semua ini tidak termasuk untuk makan, minum dan lain-lain,” jelasnya.

Kata Nurul Atiqah, dia juga perlu mengupah orang sekeli­ling untuk menguruskan hal-hal rumah seperti membeli barang dapur atau makanan selain membersihkan rumah.

“Mungkin sudah takdir yang ditentukan dan saya reda dengan apa berlaku. Harapan saya cuma agar dapat teruskan kehidupan ini tanpa menyusahkan lebih ramai orang,” luahnya.

Susulan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Nurul Atiqah boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Maybank 551454174111 atau hubungi talian 014-917 0223.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI