fbpx

Erik Ten Hag pilih kekalkan David De Gea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETROVIC mungkin akan tiba di Old Trafford sebagai penjaga gol kedua di belakang De Gea yang bakal menyambung kontrak. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik ten Hag dikatakan mengubah fikiran apabila tidak berminat menandatangani penjaga gol baharu walaupun kontrak David De Gea akan berakhir minggu depan.

Menurut laporan The Mirror, penjaga gol berusia 32 tahun mungkin akan melanjutkan kontrak baharu selama setahun di Old Trafford kerana Ten Hag, 53, tidak berminat membelanjakan wang besar di posisi tersebut.

Difahamkan, De Gea perlu bersetuju dengan bayaran gaji baharu berjumlah £200,000 (RM1.18 juta) daripada apa yang diterimanya ketika ini iaitu £375,000 (RM2.22 juta) jika mahu kekal bersama United.

Ten Hag dikatakan mahu menggunakan dana itu di posisi serangan dan tengah dengan nama Moises Caidedo dan Mason Mount antara yang hangat diperkatakan bakal menyertai The Red Devils selepas ini.

Situasi itu berkemungkinan besar menyaksikan penjaga gol Serbia, Djordje Petrovic yang beraksi dengan New England Revolution di Amerika Syarikat terpaksa melupakan hasratnya untuk menyarung jersi penjaga gol utama United.

Petrovic, 23, menarik perhatian peninjau bakat United apabila berjaya merampas posisi No.1 Serbia daripada Vanja Milinkovic-Savic selain muncul penjaga gol kedua terbaik Liga Bola Sepak Major Amerika Syarikat (MLS).

Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan Petrovic yang memiliki harga pasaran serendah £24 juta (RM142.70 juta) akan dibeli juga oleh United sebagai penjaga gol kedua di belakang De Gea.

Ia disebabkan masa depan penjaga gol veteran berusia 37 tahun, Tom Heaton dalam keadaan samar, manakala Jack Butland pula semakin hampir untuk menyertai Rangers selepas kontrak pinjamannya daripada Crystal Palace tamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI