fbpx

Lega kerajaan lulus peruntukan penandaan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masyarakat Orang Asli Kelantan mahu kerajaan segera buat penandaan sempadan menjelang awal tahun hadapan.

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli berharap pihak kerajaan segera menjalankan penandaan kawasan sempadan kampung Orang Asli menjelang awal tahun hadapan.

Harapan itu jelas menggembirakan mereka selepas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi kerja ukur tanah Orang Asli dalam Belanjawan 2021.

Penghulu Kampung Brooke Lama, Rian Bujang berkata, masyarakat Orang Asli berharap impian mereka selama ini untuk dapat warta kawasan tempat tinggal tercapai.

“Kebanyakan tanah adat Orang Asli mudah diceroboh dan diambil balik pihak tertentu untuk melaksanakan pelbagai projek.

“Masalah berkaitan tanah adat menjadi isu utama kaum Orang Asli sejak berpuluh tahun lalu apabila kami membuat bantahan dan belum tercapai hingga sekarang,” katanya yang tinggal di Pos Brooke.

Katanya, sebelum ini, belum ada tanah adat atau penandaan sempadan dilakukan di penempatan kaum Orang Asli khususnya di Kelantan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam, Zafrul berkata peruntukan bagi kerja ukur tanah Orang Asli itu termasuk RM158 juta yang diluluskan untuk projek pembangunan Orang Asli di seluruh negara tahun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI