fbpx

Irmi Mokhtar terima anugerah khas CEO Tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmi (kanan) menerima anugerah pada majlis penyampaian Anugerah PC.com di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Anugerah PC.com edisi ke-32 yang diadakan di sebuah hotel di sini telah menobatkan Datuk Irmi Mokhtar dari Telekom Malaysia Berhad sebagai penerima Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tertinggi.

Sime Darby Berhad pula menerima Anugerah Pemaju Rumah Pintar dan Perbandaran Terbaik manakala pemenang lain dalam pelbagai kategori anugerah turut diserahkan kepada Maxis, Touch & Go eWallet, Tune Protect dan juga Tenaga Nasional Berhad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, Anugerah PC.com anjuran syarikat Media Reach Publishing bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan syarikat-syarikat terkemuka dan dipacu oleh pengundian dalam talian pengguna.

“Acara penyampaian anugerah secara tahunan bermula sejak tahun 2000 dan sebanyak 27 pencalonan kategori menerima anugerah masing-masing.

“Tahun ini, majlis lebih istimewa kerana pemain industri berdepan dengan pelbagai cabaran , sehubungan itu, kami mahu mendedikasikan kejayan dan usaha mereka selama ini melalui anugerah ini,” jelas kenyataan tersebut.

Lebih 120 tetamu hadir dalam majlis tersebut selain dimeriahkan oleh cabutan bertuah yang bernilai RM80,000 dengan sumbangan daripada Ogawa, Hotel Sunway Resort, Banjaran Hotsprings Retreat, Jabra, STM, Taman Tema Sunway, The Olive Tree Group, ViewSonic, Acer, BadLab, Yoodo, Decathlon, Ninja Van dan Institut Jantung Negara (IJN). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI