fbpx

Piala FA: JDT ada ramuan jerat Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT bakal turun dengan semangat untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi musim lalu selain memiliki pengalaman membenam Selangor sebelum ini.

GERGASI bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim enggan dibuai kejayaan lama selain menganggap kemenangan 4-0 ke atas Selangor pada aksi Liga Super sudah pun menjadi sejarah.

Skuad Harimau Selatan itu bakal turun menentang lawan sama pada separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, malam ini.

Walaupun menerima khabar kecederaan Feroz Baharuddin dan Natxo Insa ketika bersama kem latihan skuad kebangsaan, percaturan pengendali, Esteban Solari pastinya menjadi perhatian untuk merangka percaturan lebih baik.

Walaupun berehat lama ekoran aksi kompetitif terakhirnya pada 9 Jun lalu, Solari sudah pun merencana perancangan teratur untuk berdepan Selangor termasuk mengatur persahabatan dengan Albirex Niigata yang berakhir dengan kemenangan.

“Kami adalah JDT yang menang semua perlawanan dan (aksi sebelum ini) menjadikan pasukan ini bertambah baik. Ramai pemain yang tunjukkan kemampuan mereka dan saya begitu gembira dengan prestasi mereka,” katanya.

Hadir sebagai juara bertahan dan persembahan luar biasa dipamerkan sepanjang musim ini menjadikan Harimau Selatan ‘musuh nombor satu’ bagi pencabar lain.

Berdasarkan perjalanan di Piala FA musim ini, JDT turut miliki pencapaian baik dengan merekodkan lapan gol tanpa bolos apabila menewaskan PDRM FC 3-0 di pusingan kedua dan kalahkan Penang 5-0 di peringkat suku akhir.

Turun sebagai penyandang juara Piala FA musim lalu, JDT pastinya berhajat untuk terus mempertahankan gelaran berkenaan sekali lagi musim ini sekali gus mengulangi kejayaan merangkul kesemua empat piala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI