fbpx

Belanjawan 2021 peduli kebajikan rakyat – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida.

PETALING JAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berterima kasih atas peruntukkan diterima pihaknya dan menyifatkan ia belanjawan yang bersifat inklusif, komprehensif serta berpaksikan kebajikan rakyat.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, meskipun situasi ekonomi tidak stabil akibat pandemik Covid-19, beliau bersyukur kerana sistem kewangan negara masih mampu untuk memperuntukkan satu belanjawan yang mengembang untuk kesejahteraan rakyat.

Tambah Zuraida, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah memberi peruntukan besar kepada KPKT iaitu sebanyak RM5.368 bilion berbanding belanjawan sebelum ini.

“Dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam, terdapat beberapa berita gembira yang diumumkan Kerajaan Persekutuan dalam usaha menyediakan perumahan selesa dan berkualiti dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

“Daripada jumlah itu RM500 juta akan digunakan untuk membina sehingga 14,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat, manakala RM315 juta pula untuk pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Zuraida berkata, RM125 juta akan digunakan untuk penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah serta bantuan membaik pulih rumah usang dan yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.

“Manakala, RM310 juta pula diperuntukkan bagi Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia,”ujarnya.

Beliau menambah, pengecualian duti setem sepenuhnya turut diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.

Katanya, ia termasuk pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai turut dilanjutkan selama lima tahun lagi.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi pertimbangan sewajarnya dengan menaikkan kadar elaun RM6 kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 Pegawai Bomba Bantuan bermula 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI