fbpx

Young Tigers perlu kalahkan Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA diundi menentang Argentina, Australia dan Chile dalam saingan Kumpulan A Piala Dunia Remaja 2023 berlangsung di Stadium Hoki Nasional dari 5 hingga 16 Disember depan. - MHC

PETALING JAYA – Juara bertahan, Argentina bakal menjadi halangan utama kepada misi skuad hoki remaja lelaki untuk melepasi peringkat kumpulan apabila diundi dalam Kumpulan A Piala Dunia Remaja 2023 di hujung tahun ini.

Selain Argentina, skuad negara selaku tuan rumah juga diundi bersama bekas juara remaja dunia 1997, Australia dan Chile pada kejohanan di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur dari 5 hingga 16 Disember depan.

Ketua jurulatih, Muhammad Amin Rahim mengakui anak-anak buahnya perlu mengetepikan cabaran Argentina atau Australia bagi menyahut sasaran separuh akhir diletakkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

“Kalau dilihat, Australia dan Argentina… seperti Argentina juara edisi sebelum ini (di Bhubaneswar pada 2021). Jika berpeluang kick salah satu pasukan, ada peluang dapat naib juara kumpulan.

“Argentina sangat tidak menentu, permainan mereka berbeza daripada pasukan Eropah dan Asia khususnya daripada segi taktikal,” katanya sambil menasihatkan agar tidak memandang remeh cabaran Chile.

Atas kertas, pasukan projek khas itu dijangka menang menentang Chile kerana tidak pernah tewas ke atas negara itu dalam tiga pertemuan terakhir iaitu 2-0 (1979), 3-1 (2001) dan 2-1 pada 2021.

Situasi berbeza menentang Australia yang menyaksikan skuad negara hanya menang dua kali selain tiga seri dalam semua 14 pertemuan menentang Kookaburras sejak kali pertama bertemu pada Piala Dunia Remaja 1985.

Dua kemenangan itu ketika skuad negara menewaskan Australia 3-2 pada final Piala Sultan Johor (SOJC) 2011 sebelum mengulangi keputusan sama sewaktu peringkat round robin edisi SOJC 2015.

Pertemuan terakhir pula menyaksikan Australia membelasah skuad negara 8-0 pada SOJC 2022 sekali gus menggambarkan peluang yang agak tipis untuk menewaskan lawan itu.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tiga dari kanan) menyempurnakan pelancaran logo rasmi Piala Dunia Remaja 2023 pada majlis yang diadakan di Putrajaya semalam. – MHC

Justeru, Young Tigers tiada pilihan selain merekodkan keputusan positif ataupun lebih mudah menewaskan Argentina untuk memastikan kedudukan dua terbaik Kumpulan A sekali gus layak ke peringkat suku akhir nanti.

Berdasarkan rekod tiga pertemuan terdahulu, peluang cerah menanti skuad negara meneusi dua kemenangan (4-2 SOJC 2013 dan 3-2 SOJC 2015) dan satu seri 2-2 pada SOJC 2015.

Bagaimanapun, rekod tidak memihak skuad negara dalam empat pertembungan menentang Argentina di pentas Piala Dunia Remaja apabila tewas kesemuanya dengan keputusan 2-3 (1989), 0-3 (1989), 0-5 (2001) dan 0-1 (2005).

Justeru, siri Jelajah Eropah di Jerman, Belanda dan Belgium pada Ogos ini perlu dimanfaatkan sebaiknya agar para pemain mampu merekodkan pencapaian membanggakan di hadapan para penyokong sendiri nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI