fbpx

Tang Jie-Ee Wei juara Terbuka Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG Jie dan Ee Wei meraikan kejayaan menjuarai Terbuka Taiwan sebentar tadi. - BADMINTON PHOTO

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan apabila muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan yang berlangsung di Tian-Mu Arena, Universeity of Taipei.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi, beregu yang terkenal dengan julukan ‘gangster duo‘ itu mengenepikan cabaran wakil tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min 21-12, 21-8.

Hasil kemenangan tersebut, Tang Jie-Ee Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM77,583) serta pingat, manakala Hsiang Chieh-Xiao Min berpuas hati dengan AS$7,980 (RM37,318). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI