fbpx

PRN: Jangan guna jentera kerajaan untuk berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

PETALING JAYA – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) tidak dibenarkan menggunakan jentera kerajaan bagi berkempen untuk parti politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau malah telah mengingatkan perkara itu kepada pegawai dan kakitangan JaPen malam tadi.

Menurut beliau, peringatan tersebut beliau bangkitkan ketika sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan.

“Saya juga mengingatkan semua pegawai JaPen agar jangan sama sekali berkempen untuk parti politik dengan menggunakan jentera kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan pada PRN kali ini meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Fahmi yang dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan berkata, sesi bertemu dengan pegawai kementerian atau agensi merupakan antara perkara yang dimasukkan dalam jadualnya pada setiap kali turun ke negeri-negeri.

Jelas beliau, melalui sesi tertutup seperti itu, mereka dapat peluang meluahkan pandangan, cadangan serta permasalahan untuk tindakan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI