fbpx

Hari bebas kenderaan komitmen MBI jayakan agenda Ipoh Bandar Rendah Karbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta IHM yang dianjurkan di Ipoh hari ini.

IPOH – Penganjuran Hari Bebas Kenderaan Ipoh (ICFD) di sini akan diteruskan sebagai bukti komitmen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menjayakan agenda mentrasformasikan bandar raya ini sebagai Bandar Rendah Karbon.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia juga selaras dengan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

“Di samping itu, ia juga sebagai langkah kesedaran dan inisiatif bagi mengurangkan intensiti pelepasan karbon keseluruhan di Ipoh.

“Ini adalah sumbangan MBI dalam membantu mencapai komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Rumaizi berkata, penganjuran ICFD kali ke-61 terus mendapat sambutan yang amat membanggakan apabila ia dimeriahkan lagi dengan acara larian Ipoh Half Marathon (IHM).

Jelasnya, acara larian itu merupakan program kesinambungan sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh kali ke-35.

Acara IHM bermula pada pukul 2 pagi dengan pelepasan untuk kategori 21 kilometer (km), 3 pagi (10km) dan seterusnya kategori 5km pada pukul 7.30 pagi.

Kemuncak kepada pelepasan peserta larian ialah kategori 5km yang mana ia telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah diiringi oleh Rumaizi.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata, tema utama ICFD pada bulan ini adalah Sambutan Hari Alam Sekitar, yang mana ia diharap akan memberi ruang kepada warga kota menilai sejauh mana kejayaan telah dicapai sejak program tersebut dilaksanakan.

“Program ICFD di Jalan Raja Dihilir sebelum ini telah memenangi Anugerah Platinum, Placemaking Award oleh Malaysian Institute of Planners di bawah kategori Street (Utilisation During Events), yang mana ia menyaksikan peningkatan jumlah pengunjung dan penyertaan daripada agensi-agensi.

“Seramai 5,000 warga kota dan dari luar Ipoh telah hadir ke program ICFD kali ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI