fbpx

Pendapat berbeza dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan tidak akan dilayan – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Presiden UMNO Bersama Jentera UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan, di Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya tidak akan melayan atau memberikan apa-apa reaksi terhadap sebarang kenyataan “berbeza” daripada mana-mana pihak dalam komponen Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sekiranya sebarang reaksi balas diberikan ia menampakkan seolah-olah menjadi satu masalah utama sedangkan bukanlah pendirian yang telah ditetapkan oleh kepemimpinan parti terbabit.

“Saya mahu berikan pandangan, mana-mana parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang mempunyai pendapat berbeza, kami tidak akan layan, kerana itu bukan pendapat rasmi daripada kepimpinan mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya telah beritahu, jangan ada reaksi balas dan sebagainya daripada pihak kami kerana yang penting , jika isu yang ditimbulkan jika kita beri reaksi akan menampakkan seolah-olah masalah itu besar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Presiden UMNO Bersama Jentera UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI