fbpx

Terbuka Taiwan: Wei Chong-Kai Wun mara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menempah final kedua musim ini selepas mara ke perlawanan akhir Terbuka Taiwan.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki kebangsaan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke perlawanan akhir kedua musim ini selepas menempah aksi final pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Tian-Mu Arena, University of Taipei hari ini, beregu No.23 dunia itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin 17-21, 21-19, 21-9.

Dalam perlawanan yang memakan masa sejam itu, Wei Chong-Kai Wun terpaksa bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum memastikan aksi final kedua buat mereka dalam tempoh sebulan.

Bulan lalu, mereka melakar kejutan apabila melangkah ke perlawanan akhir pada kejohanan Malaysia Masters, namun tewas 15-21, 24-22, 19-21 kepada beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Taiwan pastinya sesuatu yang positif buat Wei Chong-Kai Wun dalam usaha mereka memburu kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.

Menanti Wei Chong-Kai Wun di perlawanan akhir esok adalah pemenang antara pertemuan dua beregu tuan rumah, Lin Chia Yu-Lin Yong Sheng dan Lu Ching Yao-Yang Po Han.

Mengiringi Wei Chong-Kai Wun ke perlawanan akhir esok adalah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menewaskan beregu tuan rumah, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-14, 21-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI