fbpx

Kastam rampas 8.4 tan durian seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 8.4 juta tan durian dipercayai dari Kemboja diseludup masuk ke Thailand dengan menggunakan sebuah trak di daerah Wang Somboon semalam. - The Custom Department

BANGKOK – Pasukan kastam Thailand merampas sebanyak 8.4 tan durian yang disyaki diseludup masuk ke negara itu dari Kemboja, lapor portal berita PBS hari ini.

Durian itu untuk dijual di Thailand dan diseludup menggunakan sebuah lori di daerah Wang Somboon, wilayah Sa Kaeo semalam.

Pada mulanya, anggota-anggota Kastam yang ditempatkan di sebuah pusat pemeriksaan di hadapan Hospital Wang Somboon berasa curiga melihat sebuah lori enam roda.

Mereka kemudian menahan trak tersebut dan kemudan melakukan pemeriksaan serta menemui durian bernilai kira-kira 1.17 juta baht (RM225,533).

Pemandu lori itu pula tidak dapat mengemukakan dokumen bagi menyatakan dari mana buah itu datang.

Dia dijangka akan didakwa kerana terlibat melakukan penyeludupan dan durian-durian tersebut telah dihantar ke pejabat kastam di daerah Aranyaprathet. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI