fbpx

Budak perempuan nampak hantu wanita berpakaian putih di tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budak perempuan itu menunjukkan hantu itu di tangga. - TikTok

BANGKOK – Sebuah klip video memaparkan perbualan seorang budak perempuan dengan hantu pada siang hari tular di media sosial Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berdasarkan rakaman dimuat naik dalam akaun TikTok @nnlsenseless, kanak-kanak itu dilihat berdiri di atas tangga dan berkata bahawa dia melihat hantu.

“Anak saudara saya nampak hantu. Hampir terkejut selepas mendengar cerita penuh,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Wanita itu kemudian bertanya soalan: “Mana hantu?”

Gadis itu membalas sebelum memberi isyarat tangan ke arah tangga dan berkata: “Di sana, ia sedang berjalan pergi.”

Wanita itu kemudian bertanya sama ada hantu itu lelaki atau perempuan.

“Ia seorang wanita, memakai baju putih dan sedang berjalan menuruni tangga,” jelasnya lagi.

Wanita itu meminta anak saudaranya bertanya ke mana hantu itu pergi.

Gadis itu kemudian menjerit: “Awak nak pergi mana? Dia kata dia akan ambil durian untuk dimakan.”

Jawapan itu membuatkan ibu saudaranya ketawa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI