fbpx

Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN MPV dan motosikal yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 7 Jalan Benta-Lamir di sini hari ini.

PEKAN – Tiga beradik terkorban selepas motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam,15, dan dua pembonceng yang juga adiknya Nik Nur Faqihah,11, dan Nik Ikram Nuqman.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Lamir ke Kampung Langgar.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal tersebut terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV jenis Nissan Serena.

“Akibat kejadian itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu dan dua penumpang MPV mengalami kecederaan manakala empat lagi penumpang tidak cedera.

Mayat tiga beradik tersebut dihantar ke Hospital Pekan di sini untuk dibedah siasat. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI