fbpx

Peneroka haram Yahudi cemarkan al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN CCTV menunjukkan peneroka haram Yahudi mengoyakkan helaian al-Quran di hadapan sebuah masjid di Kampung Orif, Nablus baru-baru ini. - Foto CCTV

NABLUS, Tebing Barat – Rakaman kamera keselamatan pada Rabu lalu menunjukkan seorang peneroka haram Yahudi meninggalkan sebuah masjid di Kampung Orif, Nablus dalam wilayah  Tebing Barat sambil ditemani seekor anjing dan dilihat mencemarkan kitab suci al-Quran, lapor portal berita Middle East Eye.

Dia   dilihat mengoyak helaian al-Quran dan membuangnya ke tanah di hadapan masjid sementara lelaki-lelaki bertopeng lain hanya melihat perbuatan biadab tersebut.

Lelaki bertopeng sama turut membakar sebuah sekolah Palestin dan cuba membakar rumah dan masjid juga, lapor portal berita Haaretz. 

Penduduk memberitahu saluran berita Haaretz bahawa peneroka-peneroka haram Yahudi  memasuki kampung Palestin itu dari arah penempatan Yitzhar yang terletak berhampiran.

Insiden dilaporkan berlaku semasa peneroka haram Yahudi merusuh  di perkampungan Orif tetapi tiada tangkapan dibuat berikutan kejadian tersebut, lapor akhbar The Jerusalem Post.

“Serangan peneroka-peneroka haram ini berterusan tanpa tentera Israel menghalang mereka. Rakaman mengejutkan ini menunjukkan  tujuan utama peneroka tersebut  adalah untuk menghasut rusuhan,” kata kenyataan Yesh Din iaitu  sebuah pertubuhan hak asasi manusia Israel.

Peneroka-peneroka haram Yahudi mengamuk di beberapa bandar Palestin di Tebing Barat malam Selasa lalu dengan membakar kereta dan kebun serta merosakkan rumah penduduk Palestin.

Keesokan harinya, ratusan para peneroka haram Yahudi dengan kebanyakan mereka bersenjata,  pergi ke bandar Turmusaya dengan dilindungi tentera Israel untuk menyerang penduduk Palestin.

Mereka memusnahkan harta benda, manakala seorang lelaki Palestin berusia 27 tahun ditembak mati. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI