fbpx

Suami isteri maut nahas Myvi, treler simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Perodua Myvi yang remuk teruk selepas terbabit nahas dengan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik.-IHSAN JBPM

GERIK – Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak pasangan itu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Nasir, 51, yang merupakan pemandu kereta Perodua Myvi dan isterinya, Rohaya Harun, 46, yang duduk di kerusi penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi nahas.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika lima beranak tersebut dalam perjalanan dari Perlis ke Kelantan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, sepasukan anggota dari BBP Gerik digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 1.10 tengah hari.

Kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Myvi dan treler muatan simen.

“Terdapat enam mangsa terlibat dalam nahas itu dengan dua daripada mereka disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kedua-dua mangsa tidak tersepit, anggota membawa keluar mayat mereka dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI