fbpx

Warga asing tidak boleh beli RON97 bagi apa-apa tujuan, termasuk ‘go-kart’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAHUDDIN (tengah) menyampaikan baucer ITTV e-Learning Rahmah kepada salah seorang pengetua sekolah sempena Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan & Pelancaran ITTVe - Learning Rahmah di White House Event Space, Kempas, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Individu warganegara asing tidak dibenarkan untuk membeli apa-apa bahan bersubsidi yang telah dikhususkan untuk rakyat negara ini termasuklah minyak petrol RON95.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, larangan pembelian bahan api itu melibatkan apa-apa tujuan sekalipun termasuklah bagi mengisi minyak kenderaan ‘go-kart’.

Katanya, perkara itu jelas kerana RON95 tertakluk di bawah Akta Kawalan Bekalan dan hanya untuk kegunaan rakyat Malaysia sahaja.

“Polisi kita jelas, warga asing tidak boleh beli barangan subsidi Malaysia, itu kesalahan serius. Saya akan minta penjelasan daripada pemilik stesen minyak itu kerana kerajaan bertegas bahawa RON95 tidak boleh dijual kepada warga asing.

“Berhubung kes tular melibatkan seorang warga Singapura mahu membeli bahan api itu, bukti rakaman CCTV menunjukkan dia tidak sempat membelinya. Alasan diberi iaitu untuk kegunaan kenderaan ‘go-kart’ juga tidak boleh diterima pakai.

“Kerajaan berpendirian tegas dalam isu ini, saya juga sedang menunggu laporan berhubung kejadian itu daripada KPDN Johor, sekiranya pemilik stesen melakukan kesalahan, mereka boleh didakwa mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan dan Pelancaran ITTV e-Learning Rahmah di Kempas, di sini hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 1 minit 50 saat di media sosial menunjukkan pertengkaran antara kedua-dua pihak sehingga menimbul perdebatan dalam kalangan masyarakat tentang pembelian RON95 oleh warganegara asing.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI