fbpx

100,000 pengunjung rebut diskaun 30 peratus produk SmartHeart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Majlis Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa Thailand (DiTP), Worawan Wanwil (kiri), Jeffrey Heng (tengah), dan Chloe Ng pada Majlis Pelancaran Fly with Smartheart, di Mid Valley Mega Mall, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Lebih 100,000 pengunjung hadir ke Pameran SmartHeart SmartPet 2023 bagi menikmati promosi mega diskaun sehingga 30 peratus dan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik di pintu masuk Timur, Mid Valley Megamall, di sini, sejak Rabu lalu.

Pameran yang diadakan julung kalinya tahun ini berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan berakhir esok.

Pengurus Besar, Perfect Companion Malaysia (PCM), Chloe Ng berkata, pihaknya sangat teruja menerima sambutan yang mengalakkan daripada orang ramai dan menjangkakan lebih ramai yang akan hadir pada hari terakhir esok.

“Ini adalah pameran pertama kami sejak tiga tahun lalu kerana berehat panjang disebabkan pandemik Covid-19. Ini juga merupakan kali pertama kami adakan di kawasan terbuka dan luar daripada dewan pameran untuk bertemu dengan orang ramai.

“Disamping 30 peratus diskaun ditawarkan, banyak aktiviti boleh dilakukan oleh pengunjung dan mereka berpeluang mendapatkan hadiah percuma, sampel produk dan banyak lagi.

“Pada 19 Julai depan, kami akan melakukan pameran yang sama namun berskala lima kali ganda besar di pusat beli-belah Tropicana Garden diikuti pameran sama pada 23 Ogos di KL East Mall,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Fly with SmartHeart di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, produk SmartHeart menggunakan bahan premium untuk membantu merawat masalah kesihatan dihadapi oleh haiwan kesayangan seperti masalah kulit, penghadaman dan berat badan berlebihan.

Dalam Pameran SmartHeart SmartPet 2023 ini, orang ramai boleh membeli pelbagai rangkaian makanan haiwan peliharaan di bawah jenama SmartHeart iaitu SmartHeart Cat, SmartHeart Dog, SmartHeart Gold, SmartHeart Hamster, SmartHeart Rodent, SmartHeart Bird dan REFINE Premium Wet Food untuk kucing.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PCM, Jeffrey Heng berkata, pihaknya sentiasa memastikan produk SmartHeart mampu dimiliki oleh semua pemilik haiwan peliharaan dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang.

“Bukan sahaja harga yang berpatutan dan mesra pengguna, tetapi kami menjanjikan kualiti produk yang terbaik buat haiwan kesayangan anda kerana dibuat sendiri ‘fresh from oven’,” ujarnya.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi SmartHeart untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan diskaun sehingga 30 peratus serta berpeluang mengumpul mata ganjaran untuk ditebus nanti.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyertai Pertandingan Fly with SmartHeart yang bermula sejak 15 Jun lalu hingga 30 September depan untuk memenangi pakej percutian ke Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI