fbpx

Yayasan Bank Rakyat sedia biaya pengajian Muhammad Syahril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syaiful Rizal (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Syahril (tengah) semasa berkunjung ke rumah pelajar cemerlang SPM 2022 itu di rumahnya di Kampung Kandis, Bachok hari ini. FOTO TOREK SULONG

BACHOK – Yayasan Bank Rakyat (YBR) bersedia untuk membiayai pendidikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Syahril Saidi,18, yang memperoleh keputusan 11A walaupun menjaga arwah ibunya yang terlantar sakit.

Pengerusinya, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, tawaran kepada pelajar itu dijalankan menerusi Program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah YBR yang telah dilaksanakan sejak 2012 dengan melibatkan bantuan biasiswa dan pinjaman kepada 6,000 pelajar.

Menurutnya, YBR memperuntukan sebanyak RM15 juta setiap tahun bagi pembiayaan pendidikan kepada pelajar cemerlang daripada keluarga miskin (B40) yang berkelayakan menyambung pengajian mereka di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara menerusi program itu.

“Setakat ini, lebih 4,000 pelajar daripada keluarga miskin sudah dibantu di bawah Program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah YBR. Program itu pada awalnya bersifat seperti pinjaman, namun berubah secara automatik kepada biasiswa sekiranya pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.5 ke atas.

“Proses bimbingan berterusan terhadap pelajar yang mendapat pembiayaan sudah dilaksanakan dan lebih satu pertiga daripada mereka yang ditaja berjaya mengubah status pinjaman kepada biasiswa,” katanya selepas menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Muhammad Syahril di rumahnya di Kampung Kandis di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syaiful Rizal memberitahu, YBR akan berusaha menyalurkan bantuan dalam bentuk biasiswa untuk melihat Muhammad Syahril berjaya sehingga ke puncak menara gading.

Menurutnya, dia dilihat tabah menyantuni ibunya yang sakit sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2022.

“Kisah Muhammad Syahril perlu diteladani masyarakat khususnya anak-anak muda masa kini. Dia tetap mengutamakan tanggungjawab untuk menguruskan arwah ibu meskipun perlu berdepan SPM tahun lalu.

“YBR juga akan membantu sekolah Muhammad Syahril di Maahad Yaakubiah, Nipah di sini dengan menyalurkan bantuan bagi program kecemerlangan akademik dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang di sekolah terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI