fbpx

SMS dengan kandungan URL akan disekat mulai 2 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bermula 2 Julai ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyekat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi hantaran pada Facebook hari ini.

“Saya dan KKD menjadikan keselamatan siber sebagai teras utama. Salah satu caranya adalah dengan mencegah penipuan atas talian berlaku.

“Mulai 2 Julai ini, SMS yang mengandungi URL akan disekat,” katanya.

April lalu, KKD melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi untuk melarang sebarang kandungan pautan URL dalam SMS.

Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching dipetik berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa ‘scam’ atau penipuan dalam talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI