fbpx

Pelajar tahfiz hilang ditemui selepas bomba laung azan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Naufal (duduk, tengah) yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, dijumpai dalam keadaan lemah di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai dekat Gerik.-IHSAN JBPM

GERIK -Pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Gerik di sini sejak Rabu lalu, ditemui dalam keadaan lemah.

Muhammad Naufal Adzimi Mohd. Harris, 17, dijumpai pada pukul 10.48 pagi tadi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas lebih 70 jam hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikalnya dijumpai.

“Pasukan SAR pada pagi ini dipecahkan kepada lapan kumpulan dan operasi pencarian dimulakan dengan membuat laungan azan. Mangsa ditemukan dalam keadaan selamat namun lemah pada jarak lebih kurang dua kilometer dari lokasi kenderaannya ditemui.

“Lokasi berkenaan sebelum ini telah pun dibuat pencarian namun mungkin situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemui pasukan penyelamat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha membawa keluar mangsa sedang dijalankan menggunakan kenderaan.

Terdahulu, media pada Khamis lalu melaporkan, seorang remaja lelaki dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai di sini.

Mangsa yang dikatakan mengalami gangguan emosi itu bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI