fbpx

Diserang gastrik ketika daki Bukit Botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang terpaksa diusung selepas diserang gastrik ketika mendaki Bukit Botak Bandar Puncak Alam, pagi tadi.

KUALA SELANGOR – Hasrat seorang wanita menawan Bukit Botak Bandar Puncak Alam di sini bersama bapa saudaranya tidak kesampaian apabila terpaksa diusung turun pihak bomba setelah diserang gastrik, hari ini.

Mangsa berusia 27 tahun diserang penyakit itu pada jarak satu kilometer dari kaki bukit berkenaan selepas memulakan pendakian kira-kira pukul 8 pagi.

Difahamkan ketinggian Bukit Botak adalah kira-kira lebih 300 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, serangan gastrik itu membuatkan mangsa tidak mampu berjalan dengan pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 9.09 pagi.

Katanya, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya ditugaskan untuk operasi menyelamat.

“Mangsa yang baharu tamat pengajian dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu dikatakan mengalami sakit perut dipercayai serangan gastrik.

“Ini menyebabkan mangsa tidak boleh berjalan ketika melakukan aktiviti pendakian sebelum dibawa turun menggunakan pengusung oleh anggota bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, bagaimanapun mangsa dilaporkan selamat dan telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI