fbpx

Sang Saka Biru hukum dua kelalaian Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC, Sunday Afolabi (kiri) menghadang kemaraan pemain PDRM FC, James Onyekachukwu (kanan).

IPOH – Dua kealpaan benteng dalam tempoh lima minit membawa padah kepada Perak FC apabila tumpas 1-2 kepada PDRM dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan PDRM mengukuhkan kedudukan di carta liga, manakala Yusri Che Lah terus kempunan untuk mengutip sebarang mata sejak mengambil alih Perak FC dari Datuk Lim Teong Kim.

Begitupun tidak ada apa yang mampu dilakukan tuan rumah kerana nyata tidak menpunyai bahan berkualiti untuk mencabar PDRM.

Walaupun anak buah Yusri cuba memberi tentangan ternyata tidak mencukupi untuk melakukan sebarang kemusnahan kepada lawan.

Kegagalan mengawal pemain lawan menyaksikan Uche Agba melepaskan rembatan leret yang menewaskan T Shameeswaran sama sekali pada m-49.

Empat minit kemudian Mohamad Nabil Ahmad Latpi menghukum kelekaan benteng untuk gol kedua Sang Saka Biru.

Perak bagaimanapun terus melawan dan berjaya merapatkan jurang apabila James Onyekachukwu tertampan bola ke dalam gol sendiri pada m-72. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI