fbpx

Cikgu pertikai silibus bahasa Melayu tahun 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soalan bahasa Melayu tahun dua yang dikongsikan Cikgu Fadhli di Facebook miliknya.

PETALING JAYA – Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli, kali ini mempertikaikan silibus bahasa Melayu bagi tahun dua pula.

Melalui Facebook miliknya, beliau yang berkongsi soalan dalam sebuah buku latihan turut mempertikaikan mengapa isu tersebut masih tidak diberi perhatian.

“Ini silibus bahasa Melayu tahun dua. Saya tak tahu kenapa mereka pejam mata lagi isu silibus ni.

“Kenapa mereka buat-buat tak nampak? Adakah dengan rasional dan logik akal, soalan seperti ini sesuai untuk murid tahun dua?,” katanya pada hantaran tersebut.

Mohd. Fadhli berkata, silibus demikian boleh ‘membunuh’ minat murid untuk belajar.

“Anak-anak kita bukan tak pandai dan bukan tak boleh, tapi bila silibus melebihi apa yang mereka mampu kuasai, menyebabkan mereka akan ketinggalan.

“Mereka rasa susah dan mati minat. Mati tanpa nisan. Inilah dia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI