fbpx

Monyet paling samseng akhirnya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monyet itu akan menunggu di bumbung rumah penduduk sebelum menyerang. - Daily Star

NEW DELHI – Seekor monyet ganas akhirnya ditangkap selepas berulang kali menyerang orang ramai di India, lapor akhbar Daily Star semalam.

Monyet itu melakukan beberapa serangan dalam tempoh dua minggu lalu sebelum ditangkap di negeri Madhya Pradesh semalam.

Pakar hidupan liar telah mengesan keberadaan monyet itu menggunakan dron dan menembaknya menggunakan ubat pelali sebelum menguncinya di dalam sangkar.

Ganjaran wang tunai sebanyak 21,000 rupee (RM1,196) ditawarkan untuk menangkap haiwan itu selepas ia dilaporkan menyerang kira-kira 20 orang termasuk lapan kanak-kanak.

Menurut pegawai tempatan, monyet itu akan menunggu di atas bumbung dan di tepi tingkap rumah penduduk sebelum menyerang sasaran. Mangsa yang diserang mengalami luka dalam yang memerlukan jahitan. 

Seorang pegawai perhutanan, Gaurav Gupta berkata, pasukan tempatan di Rajgarh cuba menangkap monyet itu selama dua minggu.

Bercakap mengenai nasib monyet itu, Gupta menambah bahawa ia akan dilepaskan jauh dari penempatan manusia untuk menghentikan serangan.

“Kemungkinan besar, ia akan dilepaskan di kawasan hutan tebal supaya tidak lagi membahayakan orang ramai,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI