fbpx

City ‘kacau’ impian Rice ke Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE dikatakan turut menyatakan kesudiannya menyertai City musim depan. – AFP

MANCHESTER – Manchester City bersedia untuk merampas pemain buruan Arsenal, Declan Rice apabila membuka tawaran mewah bernilai £100 juta (RM594.08 juta) kepada West Ham United.

The Hammers sebelum ini menolak dua bidaan Arsenal bernilai £80 juta (RM475.27 juta) dan £90 juta (RM534.67 juta) sekali gus membuka ­peluang buat City untuk mendapatkan pemain tengah berusia 24 tahun itu.

West Ham dikatakan bersetuju dengan bidaan City berjumlah £75 juta (RM445.56 juta) dan tambahan £15 juta (RM89.11 juta) yang akan diselesaikan dalam tempoh dua tahun berbanding lima tahun ditawarkan oleh Arsenal.

Situasi itu menyaksikan The Citizens kini berpeluang menyamai rekod perpindahan termahal buat pemain Great Britain selepas juara trebel tersebut membeli Jack Grealish daripada Aston Villa dengan harga £100 juta (RM594.08 juta) pada 2021.

Pengurus City, Pep Guardiola melihat kapten West Ham itu sebagai pengganti ideal buat Ilkay Gundogan yang meninggalkan Stadium Etihad dengan menyertai Barcelona secara percuma menerusi kontrak tiga tahun.

Walaupun City juga sudah mencapai persetujuan bersama Chelsea untuk mendapatkan Mateo Kovacic dengan harga £25 juta (RM148.52 juta) dan tambahan £5 juta (RM29.70 juta) tetapi Guardiola, 52, enggan melepaskan peluang me­nyambar khidmat Rice.

Ini kerana juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris itu berkemungkinan besar kehilangan seorang lagi permata iaitu Bernardo Silva yang kini menjadi buruan Paris Saint-Germain selain turut menerima tawaran menarik daripada Liga Pro Arab Saudi.

Difahamkan, Rice tiada masalah untuk menyertai City ataupun Arsenal disebabkan dua kelab itu bermain di Liga Juara-Juara musim depan selain kedua-duanya berupaya menawarkan gaji mingguan sebanyak £200,000 (RM1.18 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI