fbpx

Piala FA: Orozco akui sudah semakin ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OROZCO

PEMAIN import Selangor FC, Yohandry Orozco bersedia untuk tampil lebih menyerlah pada aksi pusingan kedua saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas dikritik ekoran ‘lambat panas’ sebelum ini.

Sebagai rekod, tonggak perancang dari Venezuela itu mula mempamerkan prestasi konsisten dengan meledak tiga gol bersama skuad Gergasi merah selain lima bantuan jaringan sepanjang musim ini.

Kata Orozco, momentum cemerlang di atas padang harap dapat diteruskan pada baki saingan nanti dalam membantu skuad kendalian Tan Cheng Hoe mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Sudah tentu saya gembira dengan prestasi peribadi serta pasukan setakat ini tetapi saya harap dapat menggandakan usaha dengan pamer aksi lebih baik buat Selangor FC sehingga tamat musim ini.

“Matlamat saya bersama skuad Merah Kuning adalah untuk mencapai segalanya bersama. Kami mensasarkan untuk memenangi perlawanan demi perlawanan dengan selangkah demi selangkah,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas pemain kelab Jerman, Wolfsburg yang kini berusia 32 tahun turut mengakui keharmonian yang jitu dalam kalangan pemain memudahkannya untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat.

“Bagi saya keharmonian pasukan kini lebih baik berbanding pada awal musim. Situasi itu membuatkan kami lebih semangat untuk mencabar saingan sehingga penghujung musim nanti,” katanya.

Pasukan Gergasi Merah kini sedang giat buat persiapan untuk mengharungi aksi getir separuh akhir Piala FA apabila dijadualkan bertemu dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI